[ WALLPAPER ]
:: ZIARAH AJKT ::
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai manusia, sebarkan salam, sambunglah silaturahim, berikanlah makanan dan solatlah malam ketika manusia tidur nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat."
{ Hadis Riwayat Tirmizi }
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa Islam menuntut umatnya untuk saling menyambung silaturahim dan menyebarkan kebaikan sesama muslim.
Sehubungan itu, Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 akan mengadakan Ziarah AJKT ke rumah-rumah ahli bermula 18 November 2018 ini.
Ziarah ini bertujuan :
1. Membina hubungan antara pimpinan dan ahli secara lebih dekat.
2. Menanam dalam diri AJKT rasa tanggungjawab dan cakna kepada ahli.
3. Mendengar masalah, cadangan dan kritikan daripada ahli secara langsung.
Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
• Masa: Setiap hari Ahad
• Waktu: Petang (Akhawat)
Malam (Ikhwah)
• Agenda: 1)Taaruf AJKT
2)Taaruf Ahli Beit
3)Ucapan Tuan Rumah
4)Ucapan Wakil AJKT
5)Mesra AJKT
6)Penyampaian Cenderahati
7)Bergambar
Semoga hubungan ukhuwah Islamiah yang terjalin dapat dikekalkan hingga ke hari akhirat kelak. Insha-Allah.
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Followers