[ KALAM PIMPINAN 22.0 ]
Ali bin Abi Thalib berkata: “Dalam musyawarah terdapat tujuh hal, iaitu: menyimpulkan kebenaran, mengumpulkan pendapat, menjaga dari kekeliruan, memelihara diri dari sikap saling mencaci, memperkecil terjadinya penyesalan, menyatukan hati dan mengikuti sunnah.”
Bersempena dengan Mesyuarat Agung 2019, ayuhlah sama-sama kita mengambil bahagian dalam melontarkan pendapat-pendapat yang bernas bagi membantu dan menambahbaik perjalanan Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra, persatuan yang kita cintai agar sentiasa diberi nusrah oleh Allah SWT.
#Road2MA'19
Muhammad Syarifulhuda bin Mohd Azeri
Setiausaha Agung
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Belajar Dan Berbakti"
[ KALAM PIMPINAN 21.0 ]
Kehidupan ini ibarat jambatan yang mesti dilalui oleh manusia sebelum menempuh alam akhirat. Namun, kehidupan tanpa redha Allah hanyalah sia-sia. Santunilah diri pada jalan yang benar agar bergerak atas dasar iman dan takwa. Sentiasalah berdoa agar Allah meletakkan pada jalan yang Dia redha. Manfaatkan segala kudrat yang Allah beri, gunakan kelebihan hingga terbitnya keuntungan, asahlah kekurangan hingga menjadi kemahiran dan bersedialah pada mana-mana posisi untuk diinfakkan pada jalan kebaikan.
Justeru, gunakanlah medan kesatuan yang Allah kurniakan sebagai medan untuk kita turut serta melaksanakan amal kebajikan. Sambutlah kasih sayang Allah dengan hamparan kebaikan yang Allah lorongkan, manfaatkanlah diri untuk ummah dan Islam. Moga kebaikan kita yang sedikit ini ada tempat sisi Allah.
والَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
“Dan orang-orang yang berusaha untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan Tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Al-Ankabut 69)
Redha yang dinanti, pada Allah kita kan kembali.
Nabilah Husna binti Abd Halim
Timbalan Setiausaha Agung
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan""Belajar Dan Berbakti"
[ KALAM PIMPINAN 20.0 ]
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُون
َ[التوبة : 20]
Hakikat hijrah adalah melaksanakan perintah Allah SWT dengan meninggalkan segala laranganNya iaitu meninggalkan segala bentuk kesukaan atau kecintaan kita kepada kemaksiatan, maka hijrah itu harus kita lakukan sepanjang perjalanan hidup kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Kesemuanya ini memerlukan kesungguhan. Kerana itu, iman, hijrah dan jihad merupakan kunci bagi manusia untuk meraih darjat yang tinggi dan kemenangan dalam melawan musuh-musuh kebenaran.
"Hijrah itu berat tapi di dalamnya ada rasa nikmat."
Ummi Amni binti Ismail
Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Belajar Dan Berbakti"
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُون
َ[التوبة : 20]
Hakikat hijrah adalah melaksanakan perintah Allah SWT dengan meninggalkan segala laranganNya iaitu meninggalkan segala bentuk kesukaan atau kecintaan kita kepada kemaksiatan, maka hijrah itu harus kita lakukan sepanjang perjalanan hidup kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Kesemuanya ini memerlukan kesungguhan. Kerana itu, iman, hijrah dan jihad merupakan kunci bagi manusia untuk meraih darjat yang tinggi dan kemenangan dalam melawan musuh-musuh kebenaran.
"Hijrah itu berat tapi di dalamnya ada rasa nikmat."
Ummi Amni binti Ismail
Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Belajar Dan Berbakti"
[ KALAM PIMPINAN 19.0 ]
Bebaskanlah diri daripada belenggu jahiliah, kerana
kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau
umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik
penjajahan zahir atau batin.
"فكم عبد يقوم مقام حر * وكم حر يقوم
مقام عبد"
"Berapa ramai hamba abdi yang mengambil tempat orang
yang merdeka dan berapa ramai pula orang yang merdeka mengambil tempat hamba
abdi."
Kemuliaan itu diraih kerana ada usaha dan titik peluh,
manakala kehinaan dan kerendahan itu kerana tiada usaha yang membawa kepada
tercapainya kelebihan daripada Allah.
Maka, hendaklah kita mengorbankan sesuatu untuk mencapai
sesuatu kerana hakikat pengorbanan itu pahit, bukannya manis. Dan di akhir
perjuangan, kita akan mendapat kemanisan daripada hasil pengorbanan kita. Dan
agar kita tergolong dalam golongan yang merdeka zahir dan batin.
Aisyatun Najihah binti Zamani
Timbalan Bendahari Agong DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 18.0 ]
"الإسلام يعلو ولا يعلى عليه"
Belakangan ini banyak konspirasi sudah terjadi, satu persatu
simpulan ikatan Islam yang kukuh cuba dirobek dan dipisahkan, daripada
sekelumit perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Namun yang pasti, Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi
selainnya. Ayuh mahasiswa pencorak bangsa negara, sama-samalah kita menggunakan
ilmu yang ada, menyelesaikan masalah dengan penuh bijaksana, bagai menghela
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
Jangan menanti cahaya sebelum gelapnya, akan tetapi carilah
cahaya sebelum terbitnya.
Muhamad Al Hatta bin Abdul Wahab
Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 17.0 ]
Berkorban adalah kesanggupan untuk melepaskan sesuatu sebagai bukti setia dan cinta. Semakin besar dan berharga sesebuah pengorbanan, semakin nyata dan terbukti sesebuah kecintaan.
Merdeka pula bukan sekadar bebas dari penjajahan fizikal bahkan bebas juga daripada jahil mengenal tuhan yang sebenar dan bebas menjadi hamba tuhan yang sejati.
Para pejuang kemerdekaan mengorbankan segala yang mereka ada, bukti setia dan cinta mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Demi menyampaikan seruan Islam kepada bangsa keturunan dalam negara tercinta.
Setia dan cinta mereka sudah terbukti.
Seterusnya, menjadi tanggungjawab kita yang mewarisi kemerdekaan untuk buktikan pula setia dan cintanya kita kepada agama, bangsa dan negara sepertimana para pejuang terdahulu.
Sepertimana iman perlu dibuktikan dengan amal. Maka belajar juga perlu dibuktikan dengan berbakti, sumbang apa sahaja yang kita ada.
Iman ditingkat selari dengan mengerjakan amal. Bukan tunggu iman tinggi baru beramal. Begitu juga belajar, perlu berbakti pada masa yang sama. Tidak semestinya tunggu belajar dah tinggi baru berbakti.
Apa yang penting, kemerdekaan kita diteruskan dengan terus menyampaikan seruan Islam.
Gunakan segala kelebihan yang ada untuk capai matlamat kewujudan kita. Mengajak manusia mengenal tuhan, mengajak umat berpegang teguh dengan Islam.
(أحبُّ الناسِ إلى اللهِ أنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ)
Muhammad Fikri Nazim bin Nurul Huda
Bendahari Agong DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 16.0 ]
Kerja DAKWAH bukannya kerja sampingan tetapi KEWAJIBAN untuk memperkenalkan konsep Islam yang sebenar.
Maka kita hendaklah menyertai segala kerja AMAL ISLAMI bukan hanya tertumpu kepada amal fardi (amal individu) agar dapat membina kesatuan dan mengelakkan perpecahan.
Sepertimana firman Allah SWT:
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."
(Surah Ali-Imran: Ayat 103)
BERSAMA BERSATU
Nur Faraain binti Stan @ Harun
Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 15.0 ]
"Ilmu tidak akan didapati kecuali dengan bersabar atas
kesulitan."
Kita adalah mahasiswa Islam yang berkorban masa, wang,
tenaga dan kesenangan dunia untuk menuntut ilmu Allah SWT. Menjalani kegagalan
yang berulang kali itu merupakan bibit manis menuju tangga kejayaan. Tiada halangan
yang dapat mematahkan semangat kita kerana jiwa kita penuh dengan keyakinan
kepada Allah SWT bahawa Dia tidak akan mensia-siakan amalan hambaNya.
Namun, segala usaha itu menjadi sia-sia tanpa kita
manfaatkan ilmu dengan beramal dengannya. Orang yang berilmu mensyukuri ilmu
yang diperoleh dengan berkhidmat kepada Islam. Memanfaatkan setiap peluang yang
ada untuk memberi keuntungan kepada Islam mengikut bidang pengajian dan
kemahiran masing-masing.
Jangan bertangguh, malas dan bersenang-senang dengan ilmu
yang ada. Ilmu itu tidak akan hidup tanpa amal. Manfaatkanlah ia dengan
sebaiknya dan bergeraklah untuk kepentingan Islam.
Widad Samra' binti Kamal
Timbalan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 14.0 ]
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ
وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي
عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
[ Surah Ar-Rum: 41 ]
Siaran media massa bagaikan arus sungai yang deras.
Jari-jari yang laju menekan butang like, share dan comment berita-berita
sensasi, palsu dan tidak berfaedah, telah menepis bahan bacaan penting dan
bermanfaat ke tebing. Arus keruh dan berpenyakit terus mengalir dalam
masyarakat.
Penyakit harus diubati, serangan halus perlu disedari.
Manusia menggadai maruah diri demi secubit populariti. Meraih nama untuk
kepentingan diri. Media massa adalah alat, ledakan pelurunya luar biasa, kita
samada sasarannya atau penarik picunya. Demi kebaikan, mengapa tidak kita?
Mahasiswa yang bijak adalah mereka yang menjadikan media
massa sebagai saham akhirat. Poster, video dan penulisan menjadi terjemahan
ilmu. Melimpahkan masyarakat dengan arus yang menyembuhkan.
Jom! Peluang dalam genggaman. Media divariasikan, Ummah
disatukan.
Muhammad Nur Mustaqim bin Marzuki
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 13.0 ]
“Kewajiban kita lebih banyak dibandingkan waktu yang
tersedia.”
Konsep amal menuntut kita menjadi manusia yang produktif.
Pemaknaan terhadap produktiviti ini tidak sesempit kaum kapitalis yang
mengukurnya dengan pencapaian kebendaan semata. Tetapi secara prinsip kita
memahami bahwa amal adalah buah dari keimanan.
Maka sejarah menunjukkan ibrahnya kepada kita, antaranya
Usamah bin Zaid yang memimpin pasukan perang di usia dua puluhan, Imam Abu
Hanifah yang hafal Al-Quran di usia sembilan tahun, atau Imam Syafi`i yang
meletakkan dasar-dasar usul fiqh hanya berumur lima puluhan, dan banyak lagi
sumbangan golongan terdahulu kepada kita pada hari ini.
Semoga dengan umur yang berbaki ini kita manfaatkan bagi
menunaikan kewajiban kita selaku ummat Islam.
«Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu
amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh
yang lain).»
[ Surah Al-Sharh: 7 ]
Muhammad Al Amin Bin Muhammad Arif
Penasihat DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 12.0 ]
"Hidup akan terasa berat bagi mereka yang sentiasa
mengeluh dan bagi mereka yang lupa untuk bersyukur."
Ketahuilah, mengeluh tatkala didatangkan ujian dan
kesulitan, tidak memberikan manfaat dan tidak dapat mengubah apa-apapun
sekiranya tidak disusuli dengan perancangan dan tindakan yang wajar. Tidaklah
ia berlaku melainkan kerana kurangnya rasa syukur kepada Pemberi Segala Nikmat.
Justeru, sebagai Mahasiswa/i Islam, perlu kita yakini
bahawa, sentiasa bersyukur dengan segala yang diberi dan didatangkan kepada
kita merupakan pintu keluar kepada permasalahan, ini kerana akan datang bersama
syukur itu, kebahagiaan dan ketenangan, di samping nikmat besar bagi mereka
yang benar-benar bersyukur kepada-Nya. Firman-Nya:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن
شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
[ابراهيم : 7]
Tenanglah, segala yang berlaku itu adalah dalam Pengawasan
dan Pengetahuan-Nya. Selalulah merefleksi diri - Tujuan Kita Diciptakan.
"Agi Idup Agi Ngelaban - Selagi Hidup Teruslah Berjuang
Demi Islam"
Hasanah Binti Abu Bakar Sidek
Timbalan Ketua Unit Perumahan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 11.0 ]
Tatkala kita ditimpa musibah atau ujian atau menemui
kegagalan, janganlah kita kecewa dan berputus asa kerana bukanlah daripada kalangan
orang yang beriman, mereka yang berputus asa tatkala ditemukan dengan
kesulitan. Akan tetapi, yakinilah bahawa Allah SWT itu Maha Mendengar akan
setiap apa yang hamba-hambaNya pohonkan dan tidak pernah memungkiri
janji-janjiNya. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
وَلَا تَا۟یۡـَٔسُوا۟ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ
[ Surah Yusuff: 87 ]
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ
أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ
[ Surah Ghafir: 60 ]
Semoga kita semua tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang
tidak berputus asa dari rahmatNya dan yakini bahawa, setiap kesulitan yang
Allah SWT datangkan kepada kita, tidaklah Dia datangkan melainkan kesulitan
tersebut disertai dengan kemudahan sesudahnya.
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا
[ Surah Al-Sharh: 5 ]
Muhammad Mahyuddin Bin Zanudin
Ketua Unit Perumahan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
[ KALAM PIMPINAN 10.0 ]
Menjadi soleh atau solehah bukan pilihan, bahkan adalah
suruhan. Semua hamba-Nya ada cara dan kisah sendiri dalam perjalanan menuju
Tuhan. Berusahalah semampunya dalam mendidik diri sendiri. Kalau tersilap
langkah lagi dan lagi, jangan berhenti memohon ampun dan rahmat.
Menghampiri fasa akhir Ramadan, manfaatkan ia sebaiknya
sebagai medan kita meningkatkan kualiti iman dan semoga kita tetap istiqamah
selepasnya.
Dunia sementara, akhirat kekal selamanya.
[ 87:17 ]
Iman Syakirah Binti Rijaluddin
Timbalan Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 9.0 ]
MADRASAH RAMADAN: JIHAD DAN TARBIAH
Berlapar dan dahaga sepanjang di siang hari bulan Ramadan
tidaklah mengundang implikasi terhadap kesihatan kecuali mereka yang telah
disenaraikan syarak.
Tambahan pula, berpuasa mampu menyuntik kekentalan mental,
mendidik rohani dan menjana ketahanan fizikal lantas mencetak muslim yang
berkualiti.
Sejarah telah melakarkan bagaimana para Sahabat r.a. ketika
Perang Badar di zaman Rasulullah ﷺ , juga ketika tentera muslim menghadapi
keganasan kaum Tatar dalam perang di Ain Jalut semasa pemerintahan kerajaan
Mamalik berjaya menumpaskan lawan masing-masing di bulan Ramadan.
Jihad tidak mungkin ditegakkan tanpa didasari oleh hati yang
bersih daripada palitan lumpur kemaksiatan serta jiwa yang suci dari ditulari
sifat cintakan dunia, sukakan kemegahan pangkat dan mengejar harta kekayaan.
Hati dan jiwa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan
tarbiah yang konsisten serta turuti setiap manhajnya.
Tarbiah pula sama sekali tidak mencapai spesifikasi yang
dituntut syarak sekiranya tiada kesungguhan dan ikhlas ketika menempuhinya.
Hidupkan Ramadan dengan kesungguhan beribadah dan ikhlas
meraih reda Allah, ke arah pembentukan peribadi muslim bertakwa yang sentiasa
menjunjung syariat Allah SWT.
Tarbiah Ramadan Membentuk Peribadi Muttaqin.
Muhammad Fahmi Bin Kamaruddin
Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 8.0 EDISI IMTIHAN ]
Kita adalah "safwah al-mukhtarah" dipilih oleh
Allah untuk belajar di suatu pusat yang gemilang namanya di mata dunia. Kita
dipilih datang ke suatu tanah yang penuh padanya barakah. Kita dipilih hadir di
suatu tempat yang melahirkan para cendekiawan, alim ulama', cerdik pandai
Islam. Kita dipilih bersama-sama menghadapi suasana yang sama dengan para
ulama' dalam mendalami Islam.
Fikirkan KEJAYAAN kita, adalah kejayaan untuk ISLAM. Jadikan
NAMA kita, TENAGA kita, untuk ISLAM. Jika sesuatu yang kita lakukan untuk Islam
nescaya kita akan buat sebaik mungkin. Maka segala sikap, perilaku yang tidak
baik secara automatik kita hapuskan.
Begitu juga imtihan ini, anggaplah ianya medan perang yang
perlu kita kuasai dan mendapat kejayaan. Melalui kejayaan inilah salah satu
cabang dan wasilah untuk kita lebih kehadapan dalam membawa risalah Islam.
Carilah kekuatan dalam sujud dan teruslah berjalan. Moga
langkahmu akan jaya.
Bittaufiq Wan Najah.
Salam Imtihan.
Nur Hafizatul Kamilah Binti Nordin
Naib Pengerusi II
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 7.0 EDISI IMTIHAN ]
Dreams don't work unless you do.
Naib Pengerusi I
DPM (MAQAZ) Shoubra 18/19
#BersamaBersatu
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 6.0 EDISI IMTIHAN ]
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri."
[ Surah Ar-Ra'd: 11 ]
Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh
memberikan perbezaan yang besar dalam hidup kita. Kita akan mampu mengubah
hidup kita sekiranya kita merubah pemikiran, perasaan dan tindakan kita.
Maka, marilah kita sebagai mahasiswa/wi mengambil langkah
untuk berubah ke arah lebih baik dan tidak berada di takuk yang sama.
Sesungguhnya orang-orang berjaya adalah orang yang berusaha
atau menyebabkan sesuatu berlaku ke atas diri mereka.
"Losers let it happen, Winners make it happen"
Salam Imtihan, Hayya Najah Ma'an!
Aina Safa Binti Mohd Ismail
Timbalan Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 5.0 EDISI IMTIHAN ]
Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, setiap pengorbanan
memerlukan keikhlasan dan setiap keikhlasan yang tidak bercampur dengan perkara
kebatilan akan membuahkan kejayaan yang hakiki.
Jadilah kita seorang pelajar sebelum dan selepas
peperiksaan, dengannya ilmu akan sebati di dalam dada kita dan memperoleh
kejayaan di dunia dan akhirat.
Geli hati menatap opah,
Opah bersolek bagai kak limah ,
Kakanda risau adinda gundah,
Salam imtihan biitaufik wannajah.
Siiru ala barakatillah!
Muhammad Hadif Bin Mohamad Rosdi
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 4.0 ]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
Isu Gaza seringkali menjadi topik meruntun jiwa dan tidak
tercapai dek akal akan sikap tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan. Sebagai
mahasiswa/i Islam yang bertanggungjawab seharusnya sedar dan prihatin akan
nasib yang menimpa saudara seaqidah kita. Oleh itu, ayuh kita memperanankan
diri dengan sentiasa cakna dengan isu Gaza bukan sekadar menjadikannya isu
bermusim bahkan sentiasa mendoakan, berusaha dan sentiasa sensitif dengan isu
saudara seIslam kita yang tertindas.
"المُؤْمِن لِلْمُؤْمِن كَالبُنْيَان
يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا"
"Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah
seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang
lain."
[Hadis Riwayat Bukhari]
Hamizah binti Silon
Timbalan Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 3.0 ]
Sedang kita melahirkan tawa di sini, mereka tak henti
melahirkan tangis di sana. Jangan kita lupa untuk sentiasa mendoakan
saudara-saudara seagama kita yang ditindas di segenap penjuru dunia sekarang.
Moga usaha kecil ini akan mengeluarkan kita dari tergolong dalam golongan
mereka yang tidak peduli dengan keadaan umat islam.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم: " مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ
مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ
بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى."
Rasulullah SAW bersabda:
"Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal kasih sayang
bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur
badan akan merasakan panas dan demam."
(HR. Muslim no. 2586).
Mohammad Hafiz Zaeimuddin bin Mohd Zamli Tajudin
Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 2.0 ]
Lihat segala nikmat yang diberi oleh Tuhanmu agar kamu
bersyukur dan janganlah dikenang apa yang tiada padamu agar kamu tidak kufur.
Allah SWT berfirman:
«Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.»
[Surah Ibrahim: ayat 7]
Rebutlah peluang untuk beramal sebanyaknya tanda syukur kita
pada yang Maha Esa. Moga diterima oleh-Nya dan menjadi bekal di hari akhirat
kelak.
«Selagi nafas masih diberi, infaqlah diri demi Ilahi»
Suhailah binti Abdullah
Timbalan Ketua Unit Sukan dan Aktiviti Luar
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
[ KALAM PIMPINAN 1.0 ]
"Sememangnya, hidup ini penuh dengan ujian dan
pancaroba, maka laluilah ia dengan kesabaran. Walaupun kita dihina, teruskan
berbuat baik kepada semua orang. Walaupun kita dikecam, teruskan mentaati
perintah Allah dan rasul-Nya. Jangan pernah sekali-kali kita berputus asa
dengan rahmat Allah SWT. Yakinlah bahawasanya ada pengakhiran yang baik sedang
menunggu kita. Maka teruskan beramal untuk mendapatkannya.
Sabda Rasulullah SAW:
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت
«Orang yang cerdik ialah mereka yang menghitung atau melihat
kekurangan dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah mati.»"
Muhammad Nor Saleh bin M F Rahimi
Ketua Unit Sukan dan Aktiviti Luar
#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu
"Belajar Dan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"