Ahli Jawatankuasa Tadbir



[ Direktori DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 ]
Dalam Mesyuarat Agung DPM [MAQAZ] Shoubra (MA '18) yang berlangsung pada 13 Oktober 2018 yang lalu, Ustaz Muhammad Zulshuhaifi Bin Ismail telah diumumkan sebagai Mas'ul DPM [MAQAZ] Shoubra yang baru bagi sesi 2018/2019, manakala Ustazah Nur Hatikah binti Hamzah pula sebagai mas'ulah DPM [MAQAZ] Shoubra sesi 2018/2019.
Peringkat mas'ul dan mas'ulah DPM [MAQAZ] Shoubra yang baru telah mengadakan beberapa perbincangan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) bagi membantu menguruskan pentadbiran DPM [MAQAZ] Shoubra sesi 2018/2019. Perbincangan ini turut melibatkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, barisan Penasihat dan AMT DPM [MAQAZ] Shoubra sesi 2017/2018.
Setelah dilakukan penilaian, berikut adalah direktori barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 yang disepakati oleh mas'ul dan mas'ulah DPM.
#BersamaBersatu"Belajar Dan Berbakti""Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Followers