MAAHAD QIRAAT KHAZANDARAH
Maahad
Qiraat Al-Azhar atau Institut Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institut
pengajian yang dikelolai oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Institut ini
menawarkan kursus-kursus pengajian pengkhususan Qiraat di samping pengajian
ilmu-ilmu yang berkaitan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus-kursus yang
diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang
ditawarkan.
Ia
diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan yang pakar dalam bidang
pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu khusus Al-Quran seiring dengan tuntutan fardhu
kifayah.
Dalam usaha Al-Azhar memenuhi tuntutan syarak
memelihara Al-Quran, Institut Al-Quran dibuka khusus kepada penghafaz-penghafaz
Al-Quran dari seluruh dunia Islam demi kepentingan umat Islam sejagat.
Sesungguhnya
jaminan Allah s.w.t terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk
penyelewengan dari musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi kepada Al-Azhar
sebagai sebuah Badan Islam yang diakui oleh seluruh dunia. Maahad ini juga
bertanggungjawab dalam kelangsungan penyebaran ilmu-ilmu Qiraat dan Al-Quran
serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya ke seluruh dunia. Firman Allah s.w.t,
mafhumnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
dan Kamilah menjaganya.”
Sesungguhnya usaha suci Al-Azhar untuk
melahirkan Pakar Rujuk Qiraat sebagai golongan Ulul Albab yang meneruskan
tuntutan syariat mendidik umat Islam melalui bacaan Al-Quran yang mutawatir dan
memelihara kesahihan bacaan Al-Quran itu wajar diberi penghormatan oleh umat
Islam seluruhnya.
SISTEM PENGAJIAN
Mempunyai
sistem pengajian tersendiri yang dibentuk oleh Al-Azhar berdasarkan kaedah
salafi yang menggabungkan pengetahuan usul Al-Quran dan Qiraat dengan kemahiran
menguasai pembacaan Al-Quran yang praktikal secara hafaz sebagai pra-syarat
mutlak kelayakan.
Penekanan
dari sudut hafazan dan ingatan serta pemahaman yang luas memahami kaedah
talaqqi dan musyafahah yang mendasari rukun Al-Quran yang sahih, insyaAllah
melahirkan lulusan yang berketerampilan tinggi dan mantap sebagai penyumbang
utama kepada umat Islam ke arah merealisasikan pembacaan Al-Quran yang
mutawatir lagi sahih.
KURSUS PENGAJIAN
Menawarkan
tiga peringkat kursus sepenuh masa yang utama. Tempoh pengajian kursus yang
ditawarkan adalan seperti berikut:
MAAHAD QIRAAT FATAYAT SHOUBRA KHEIMAH
Maahad Qiraat Fatayat Shoubra Kheimah merupakan
kesinambungan bagi Maahad Qiraat Shoubra , di mana Maahad Qiraat Fatayat
Shoubra Kheimah dibina khusus untuk pelajar akhawat. Maahad ini telah dibina
pada tahun 2004. Maahad ini menawarkan pengajian yang sama dengan Maahad Qiraat
Shubro, iaitu kursus-kursus pengajian pengkhususan Qiraat di samping pengajian
yang berkaitan dengan al-Quran dan pengajian Islam.
Maahad
Qiraat Fatayat Shoubra Kheimah mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan
Maahad Qiraat Shoubra Lilbanin iaitu untuk melahirkan golongan ilmuan ikhtisas
dan separa ikhtisas dalam bidang pengajian Qiraat serta ilmu khusus al-Quran
seiring dengan tuntutan fardu kifayah.
Maahad
ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran wanita dari seluruh dunia untuk
mendalami ilmu al-Quran dan Qiraat itu sendiri. Badan Pendidikan Al-Azhar
mengamalkan sistem sedemikian bagi memastikan usaha memelihara dan menjaga
Al-Quran akan berterusan dan berkekalan. Hal ini adalah demi menyahut jaminan
Allah S.W.T bahawa al-Quran itu akan terpelihara daripada sebarang bentuk
penyelewengan dan penipuan. FirmanNya : “Sesungguhnya
Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya”
(al-Hijr :9)
Sistem
Pengajian yang terdapat di maahad ini adalah sistem pengajian berorientasikan
peperiksaan. Hal ini menunjukkan pihak maahad mengutamakan kualiti pelajar
melalui peperiksaan untuk dinaikkan ke tahun seterusnya.
Maahad
ini mempunyai tiga jenis pengajian secara umum, iaitu :