[ WALLPAPER ]
:: PELANCARAN RISALAH MAQAZ EDISI EBOOK ::

Firman Allah SWT:
"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-'Alaq: 3-5)

Atas kesedaran akan kepentingan penulisan dan pembacaan, maka Unit Redaksi di bawah Unit Penerangan dan Penerbitan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 telah menerbitkan Risalah MAQAZ Edisi EBook buat pertama kalinya.

Risalah MAQAZ edisi Ebook ini merupakan sebuah alternatif penerangan dalam meneruskan agenda pemerkasaan ilmu, kebersamaan dan kebajikan kepada ahli DPM (MAQAZ) Shoubra.

Antara perkongsian yang menarik:
✒ Ibrah Hijrah Rasulullah SAW
✒ Palestin: Hak Umat Islam Yang Dirampas
✒ Coretan Sang Perantau
✒ Ada Apa Dengan Persatuan?
✒ Slot Penerangan: Aktiviti Tahunan

Semoga perkongsian yang disampaikan dalam risalah ini dapat memberi manfaat dan kefahaman yang lebih jelas kepada semua ahli DPM (MAQAZ) Shoubra insya-Allah.

Dapatkan segera!
📲Sila muat turun di pautan:
https://drive.google.com/file/d/1R2YOJolSFN8jt4kQYxcmCCWim_O6hBL3/view?usp=drivesdk

"Variasikan Media, Sedarkan Ummah"

#BersamaBersatu
#SatuFikrahSatuAmal

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Belajar Dan Berbakti"




Followers