Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019
Imej
[ WALLPAPER ] :: PELANCARAN RISALAH MAQAZ EDISI EBOOK :: Firman Allah SWT: "Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-'Alaq: 3-5) Atas kesedaran akan kepentingan penulisan dan pembacaan, maka Unit Redaksi di bawah Unit Penerangan dan Penerbitan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 telah menerbitkan Risalah MAQAZ Edisi EBook buat pertama kalinya. Risalah MAQAZ edisi Ebook ini merupakan sebuah alternatif penerangan dalam meneruskan agenda pemerkasaan ilmu, kebersamaan dan kebajikan kepada ahli DPM (MAQAZ) Shoubra. Antara perkongsian yang menarik: ✒ Ibrah Hijrah Rasulullah SAW ✒ Palestin: Hak Umat Islam Yang Dirampas ✒ Coretan Sang Perantau ✒ Ada Apa Dengan Persatuan? ✒ Slot Penerangan: Aktiviti Tahunan Semoga perkongsian yang disampaikan dalam risalah ini dapat memberi manfaat dan kefahaman yang lebih jelas kepada semua ahli DPM (MAQAZ) Shoubra...
Imej
[ WALLPAPER ] :: ZIARAH AJKT :: Sabda Rasulullah s.a.w: "Wahai manusia, sebarkan salam, sambunglah silaturahim, berikanlah makanan dan solatlah malam ketika manusia tidur nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat." { Hadis Riwayat Tirmizi } Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa Islam menuntut umatnya untuk saling menyambung silaturahim dan menyebarkan kebaikan sesama muslim. Sehubungan itu, Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 2018/2019 akan mengadakan Ziarah AJKT ke rumah-rumah ahli bermula 18 November 2018 ini. Ziarah ini bertujuan : 1. Membina hubungan antara pimpinan dan ahli secara lebih dekat. 2. Menanam dalam diri AJKT rasa tanggungjawab dan cakna kepada ahli. 3. Mendengar masalah, cadangan dan kritikan daripada ahli secara langsung. Butiran aktiviti adalah seperti berikut: • Masa: Setiap hari Ahad • Waktu: Petang (Akhawat) Malam (Ikhwah) • Agenda: 1)Taaruf AJKT 2)Taaruf Ahli Beit 3)Ucapan Tuan Rumah 4)Ucapan ...
Imej
[ WALLPAPER ] :: AGENDA KEBAJIKAN | MUSYRIF KESIHATAN SHOUBRA :: Kebajikan merupakan salah satu daripada teras bagi misi Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra sesi kali ini. Oleh itu Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra sesi 18/19 dengan kerjasama Health Academy, PERUBATAN Ain Shams telah menyediakan khidmat Musyrif Kesihatan (MK). Hal ini bertujuan membantu ahli ke hospital, khususnya bagi kes yang bersifat kronik atau kecemasan. Berikut adalah senarai Musyrif Kesihatan Shoubra. Moga usaha ini mendapat keberkatan dan redha dari Allah SWT. Untuk sebarang pertanyaan, sila salurkan kepada: »Ikhwah: Ustaz Hafiz Zaeimuddin +60124292928 »Akhawat: Ustazah Hamizah Silon +60128136296 "Kebajikan Teras Kesatuan" # SatuFikrahSatuAmal # BersamaBersatu "Belajar Dan Berbakti" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Followers